PENGENALAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada mereka yang sudi melayari blog saya ini...Sebagai makluman, blog "Refleksi Ilmu" ini ialah cabang kepada blog utama saya iaitu "Gema Ilmu" yang dibangunkan bagi memenuhi syarat Latihan Ilmiah saya di UKM...di samping blog "Laman Pautan" dan "Rose Profile"...Mungkin ada di antara anda semua terlebih dahulu telah melayari blog saya yang lain..Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan atas sokongan yang diberikan walaupun proses pelayaran itu hanya kebetulan...Namun, tanpa anda semua siapalah saya..Diharapkan dengan terbinanya blog ini, dapat kita jadikan sebagai medan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan demi manfaat bersama dalam usaha menambah taqwa kepada Allah..Segala komen maklum balas atau tambahan dari pelayar yang budiman, amatlah saya harapkan..Segala yang baik itu, datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri kita sendiri sebagai manusia.. Wassalam..
RENTETAN SEBUAH PERJALANAN...itulah ibarat yang boleh saya gambarkan mengenai tujuan dibangunkan "REFLEKSI ILMU" ini...Di sini, saya akan ceritakan mengenai setiap gerak kerja yang dilakukan sepanjang proses pembinaan blog bersama penyelia dan rakan-rakan seperjuangan..bermula dari awal perjalanan seterusnya singgah di perhentian sehinggalah ke destinasi terakhir..InsyaAllah..Segala suka duka, pahit manis akan saya kongsi bersama di ruangan ini...Diharap para pelayar yang budiman, sudi bersama saya sehingga ke titik perjuangan yang terakhir..Wassalam..
Pertama-tamanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr Saemah Abdul Rahman dan Dr. Siti Hajah Fatimah Mohd Yassin kerana sudi menerima saya dalam kumpulan Rakan Ilmiah 2008 ini. Pada mulanya, saya tidak begitu yakin untuk menyertai kumpulan ini, memandangkan pengetahuan saya dalam bidang ICT yang kurang, namun atas galakan dan dorongan daripada sahabat yang lain serta tunjuk ajar yang tidak pernah putus daripada penyelia dan rakan menyebabkan saya semakin bersemangat untuk mencuba dan sehingga sekarang, terhasillah 4 buah blog.

TUGASAN PERTAMA

Tugasan pertama yang diberikan kepada kami ialah memilih satu tajuk yang bersesuaian dengan salibus pelajaran Pendidikan Islam serta diintegrasikan dengan pembelajaran ICT .Fikir punya fikir akhirnya saya mengambil keputusan memilih tajuk mengenai ibadah Qurban dan Aqiqah maka lahirlah tajuk "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QURBAN DAN AQIQAH”.

Untuk kajian ini saya dan rakan-rakan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 blog yang berasingan iaitu:

.1. Blog peribadi/personal (optional)
2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

PERJALANAN BERMULA...

Baru lepas peringkat fikir tajuk..sekarang peringkat membina blog pula..Untuk itu, saya masuk pada laman web blogger dan mengikuti langkah-langkah yang diminta maka terhasillah blog saya yang pertama. Inilah PERCUBAAN PERTAMA saya dalam membina blog. eemmm...saya sebenarnya bermula dengan ”ZERO”..tak tahu apa2..Kawan-kawan yang banyak membantu. Mula dari membina blog sehinggala proses mancari template. Belajar punya belajar..akhirnya saya dapat rentak sendiri bagaimana membina blog-blog yang seterusnya..Alhamdulillah..Terima kasih sangat2 pada kekawan yang membantu. Bila dah tahu...rasala seronok sangat..rasa bersemangat..tapi ada cabaran lain pula..Antaranya..INTERNET LEMBAB...itulah masalah utama yang membuat saya dan kekawan tensen..masalah ini banyak membuang masa kami..huhuhu..cabaran lain pula..PEMILIHAN TEMPLATE
yang menarik..hehehe..penting gak ni..tgk kekawan lain blog cantik2, saya pun nak gk..Seterusnya, barulah saya cuba meneroka apa yang sepatutnya dimuatkan dalam blog supaya menarik dan bersesuaian.

Di dalam proses mencari maklumat dan hiasan yang bersesuaian, saya menjadi berani mengexplore internet. Banyak maklumat dan bahan-bahan yang di dapati yang mana sebelum ini saya tidak tahu mendapatkannya. Dalam proses ini juga, saya juga memerlukan proses kemahiran berfikir secara kritikal untuk mendapatkan sesuatu bahan dan maklumat supaya apa yang diambil menepati dengan kehendak yang ditetapkan serta
bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran

SALAM KEMBALI

Sudah lama saya tak menulis dalam blog refleksi ni.. terlalu sibuk dengan baki peperiksaan seterusnya sibuk menyiapkan blog utama dan blog laman pautan. Kemudian berterusan pula sibuk dalam menyiapkan laporan tesis ini..boleh dikatakan semuanya memerlukan saya bijak mengatur masa supaya kesemua tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya..Alhamdulillah..semuanya telah dapat saya laksanakan dengan sehabis baiknya, laporan penuh telah dihantar pada penyelia 28hb Nov (beserta pembentangan) begitu juga dengan pengemaskinian serta pemurnian blog telah dilakukan sehinggalah tamat tempoh yang telah diberikan. Sekarang apa yang perlu saya dan rakan-rakan lakukan adalah berdoa semoga kami memperolehi keputusan yang cemerlang bagi latihan ilmiah ini serta semoga usaha yang saya dan rakan-rakan lakukan dalam pembinaan laman-laman pengajaran ini dapat memberi manfaat pada para pelajar dan pendidik khususnya dan orang awam amnya.. InsyaAllah..

PROSES MEMBANGUNKAN BLOG

Di sini saya ingin kongsikan semula pengalaman yang saya lalui semasa proses menyiapkan kesemua tugasan yang diberikan yang merupakan satu cabaran pada saya. Secara keseluruhannya, dalam proses membina kesemua laman web blog ini, saya telah mengaplikasikan tiga cara iaitu:


Gambar rajah tersebut, menunjukkan urutan langkah yang saya lakukan dalam pembinaan kesemua blog. Huraian lanjut berkaitan kaeadah ini akan saya terangkan pada ”post” seterusnya.

MERANCANG

Dalam proses merancang, saya terlebih dahulu membuat pilihan tajuk yang dianggap sesuai berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam.Saya memilih untuk menyatukan tajuk qurban dan aqiqah dalam satu laman web . Tajuk ini terkandung dalam sukatan pelajaran tingkatan empat di bawah tajuk ibadat. Walaubagaimanapun, di dalam salibus pengajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat, kedua-dua tajuk ini adalah berasingan, namun pengkaji telah mengintegrasikannya di bawah tajuk yang sama memandangkan keduanya mempunyai persamaan iaitu penyembelihan binatang ternakan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah, manakala yang membezakan antara keduanya pula ialah dari segi konsep. Ibadah qurban adalah sebagai lambang kesucian dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s terhadap Allah S.W.T, manakala aqiqah pula adalah lambang kesyukuran dan penebusan kerana kelahiran bayi. Berdasarkan konsep membandingbeza inilah yang akan saya kupas dan terapkan sebagai elemen dalam mengajak para pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran. Seterusnya saya telah menyenaraikan topik dan sub topik tajuk yang dipilih bagi menentukan objektif pengajaran yang ingin dicapai serta sebagai kata kunci untuk memudahkan proses pencarian maklumat kelak.

Selain itu juga saya merancang dari segi pemilihan maklumat yang akan digunakan bagi pengisian laman web berkenaan. Sebagai panduan dalam proses ini saya telah membina peta konsep berkaitan tajuk, seterusnya memulakan proses mencari maklumat berdasarkan peta minda berkenaan samada di dalam buku mahupun laman web. Dalam pencarian bahan ini, saya terlebih dahulu membaca, memahami, menganalisis serta menilai kandungan setiap bahan bagi memastikan ia tidak lari dari salibus pengajaran serta sesuai dengan tahap kepelbagaian pelajar mahupun pelayar yang lain. Untuk itu saya menjadikan Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Empat sebagai rujukan utama dan buku-buku lain sebagai rujukan tambahan. Dalam pencarian maklumat berasaskan laman web pula, saya telah mengaplikasikan penilaian berasaskan kriteria Standard Pemikiran.

MEMANTAU

Seterusnya saya melakukan proses pemantauan pada laman web yang telah dibina. Pada peringkat ini saya memastikan kandungan yang telah dipaparkan menepati kesepuluh kriteria Standard Pemikiran. Selain itu saya juga memastikan susun atur grafik yang dimasukkan dalam laman web adalah bersesuaian dan teratur dari segi keselarasan, kedudukan, penggunaan warna dan sebagainya. Selain daripada maklumat kandungan laman web sendiri, saya juga memasukkan senarai nama laman web yang berkaitan dengan tajuk yang menepati 8/10 daripada kriteria Standard Pemikiran. Saya juga nyatakan bersama senarai rujukan yang digunakan bagi membolehkan orang ramai merujuk kembali kebenaran maklumat yang dinyatakan. Sumber bagi setiap ruangan ”post” dan bahan-bahan atau grafik yang digunakan juga turut dinyatakan meningkatkan lagi kepercayaan pelajar/pelayar.

MENILAI

Seterusnya pada peringkat penilaian pula, saya menilai kembali adakah laman web yang dibina ini menepati kriteria Standard Pemikiran serta sesuai digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Secara tidak langsung, dalam proses ini saya telah mengaplikasikan proses kemahiran berfikir iaitu mengkonsepsikan semula, menyelesaikan masalah yang timbul dalam pemilihan laman web yang bersesuaian serta membuat keputusan dalam pemilihan laman web yang bersesuaian sebagai rujukan tambahan kepada para pelajar/pelayar. Pengkaji juga menyenaraikan kelemahan dan kelebihan laman web ini serta melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

MASALAH DAN PENYELESAIANNYA

Sepertimana rakan yang lain, dalam proses membangunkan laman web ini saya juga melalui beberapa masalah yang memerlukan saya berfikir untuk menyelesaikannya. Semasa membangunkan web P&P antara masalah yang timbul ialah dalam proses meletakkan tulisan jawi dalam laman web berkenaan. Ada ketikanya tulisan jawi berkenaan tidak tertera sebaliknya hanya simbol sahaja yang kelihatan. Penyelesaian yang dilakukan adalah dengan menjadikannya sebagai ”picture” (control-print screen) dan masukkan dalam power point. Manakala dalam blog analisis laman web pula, masalah yang paling besar ialah proses mencari 50 laman web yang menepati 10 kriteria Standard Pemikiran. Penyelesaian yang saya lakukan ialah mencari laman web yang menepati dengan mengambil kira tahap kemampuan pelajar, kesesuaian maklumat serta bahan dan aktiviti (sekiranya ada). Proses ini dilakukan dengan menaip kata kunci dalam enjin pencarian seperti Google, Yahoo, Mozilla Firefox dan sebagainya.
Itu adalah antara mnasalah yang saya alami, ada banyak lasgi masalah lain namun alhamdulillah semuanya dapat diatasi berkat kesabaran serta bantuan daripada rpenyelia dan rakan-rakan semua..Terima kasih kerana banyak membantu saya...

HASIL KERJA YANG DILAKUKAN

Berikut merupakan beberapa screen shot hasil yang telah saya lakukan dalam pembinaan laman web pengajaran ini. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan hasil kerja yang saya lakukan dan InsyaAllah saya akan sentiasa men”update” isi kandungan laman-laman web ini serta berazam untuk membangunkan lebih banyak lagi laman web pengajaran untuk para guru dan pelajar semua. Semoga usaha ini akan membuka hati para pendidik khususnya guru pendidikan Islam untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pengajaran bagi mengikis perasaan sesetengah pelajar menjadikan matapelajaran pendidikan Islam bukanlah satu mata pelajaran pilihan..INSYAALLAH..Semoga usaha ini mendapat manfaat dan keberkatan yang Maha Esa.


SCREEN SHOOT LAMAN UTAMA

SCREEN SHOT LAMAN YANG LAIN

SCREEN SHOOT LAMAN YANG MENEPATI 8/10
KRITERIA STANDARD PEMIKIRAN

HENTIAN 7: ADA APA DENGAN GEMA ILMU

Sudah lama saya tidak menjenguk blog kerana sibuk melengkapkan diri dengan persiapan peperiksaan. Kini saya datang kembali..Tidak banyak yang saya lakukan kali ini cuma sekadar sedikit penambahbaikan serta memasukkan maklumat tambahan dalam blog P&P. Pada episod kali ini saya ingin berkongsi dengan saudara saudari sekalian mengenai blog utama saya iaitu ”GEMA ILMU”. Seperti yang telah sedia maklum dengan tujuan pembinaan blog ini dilakukan, blog P&P ini menjadi asas atau ”HOME” bagi blog-blog yang lain. Dalam blog ini, saya link kan bersama ketiga-tiga blog saya serta disertakan sama link blog sahabat ilmiah dalam group ini.

Sebagai pengenalan pada pelayar tentang isu atau tajuk yang saya bawakan, saya mengajak para pelayar mengingat kembali Ibadah yang dilakukan oleh umat islam pada bulan Dzulhijjahyang mulia ini iaitu Ibadah Haji. Sinonim dengan ibadah ini saya kaitkan pula dengan tajuk Qurban dan Aqiqah. Saya juga memuatkan bersama gambar-gambar yang berkaitan bertujuan untuk memberi gambaran awal kepada para pelayar.

Untuk memudahkan pemahaman pembaca, saya memasukkan peta konsep berkaitan dengan qurban dan aqiqah. Dengan adanya peta konsep ini, para pelayar lebih mudah memahami perkara-perkata yang terkandung di dalam tajuk seperti definisi, hukum dalil, syarat, perbezaan, hikmah dan sebagainya. Seterusnya saya tunjukkan pula makluamt berkenaan beserta huraiannya di dalam ruangan post. Bagi menguji kefahaman pembaca, saya turut sertakan soalan menguji minda di bahagian akhir blog.

Dalam blog ini juga saya sertakan bersama satu kisah ”QURBAN TERBAIK” yang saya kaitkan dengan senario kehidupan masyarakat sekarang antara hal berkaitan ibadah dan keduniaan. Tujuan cerita ini bukan untuk menyindir sebaliknya untu mengajak pembaca berfikir bersama realiti kehidupan yang lebih mementingkan hal dunia berbanding akhirat. Hatta dalam hal melaksanakan ibadah qurban ini sekalipun, ada yang lebih dari berkemampuan tetapi lebih rela membelanjakan hartanya untuk nikmat dunia..Untuk yahu kisahnya, saudara saudari perlulah melayari blog saya itu...

Sebagai maklumat sokongan yang lain, saya sertakan bersama pautan-pautan pilihan berkaitan tajuk qurban dan aqiqah yang terbaik setelah dinilai berdasarkan kriteria Standard Pemikiran Paul. Walaubagaimanapun, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya penilaian saya itu ada kesilapan. Kesilapan sebagai seorang hambaNya.


Dan akhirnya, pembinaan blog ini bukanlah bertujuan untuk menandingi blog-blog lain yang telah sedia terbina, sebaliknya cuma sekadar menambah maklumat serta berkongsi pengetahuan. Siapalah saya yang cetek ilmu pengetahuanya ini untuk mengajar. Semoga dengan maklumat yang sedikit ini dapat dimanfaatkan demi kemaslahatan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu daripada diri saya sendiri.

HENTIAN 6: REHAT DAN RAWAT (RnR)

Alhamdulillah..selesai sudah saya menjawab tiga kertas peperiksaan.. Soalannya boleh tahan jugak “powernya”. Sakit juga otak memikirkan jawapannya, terutama kertas USUL FIQH..tensen giler dalam dewan peperiksaan tu. Tak sangka pula soalan macam tu yang akan keluar..huhuhu..ramai jugalah yang saya dengar mengeluh bila keluar dari dewan peperiksaan tu..tapi walaubagaimanapun..semua tu dah lepas…Sekarang kita semua bertawakkal sajalah pada Allah setelah berusaha..itulah konsep yang disuruh oleh Islam..netul tak kawan-kawan???... Semoga tenang hati pensyarah yang menanda kertas jawapan dan dipermudahkan jalan kejayaan pada kita semua..INSYAALLAH...

Sekarangni apa yang penting, kita berusaha lagi untuk paper yang akhir ni..PENGANTAR QIRAAT..Dapatkan bekalan yang cukup sebelum berperang dalam dewan peperiksaan nanti..apa lagi.."CHAIYOK!!..CHAIYOK!!..

SEMOGA BERJAYA SEMUA...


HENTIAN 5: LUPAKAN PASAL BLOG?????

Lagi dua minggu sahaja nak exam..buku tak baca lagi..blog pun..separuh jalan lagi..aduhhh...sakitnya kepala ni..Buat masa ini, saya lebih menfokuskan pada proses pencarian laman web yang berkaitan..kalau boleh, perancangan awal, nak siapkan semua laman web ini sebelum peperiksaan bermula..jadi apa lagi...terusla mencari...mencari...mencari...mencari...mencari...dan mencari...Dalam proses pencarian ini, antara langkah yang saya lakukan adalah:

  1. Saya BOOKMARK kan laman web yang berkenaan menggunakan Goegle, jadi mudahla sikit bila nak buka balik untuk dianalisis nanti.
  2. Saya cari maklumat dengan mengaplikasikan enjin pencarian yang pelbagai antaranya Yahoo, Goegle dan Opera.
  3. Bila sudah cukup 50 bilangan, saya mula jalankan PROSES MENGANALISIS berdasarkan 9 kriteria tersebut. Saya buat dalam bentuk jadual di Word sebagaimana yang disaran bagi memudahkan pembacaan
  4. Kemudia saya jadikan word tersebut sebagai JPG menggunakan PAINT. Seterusnya saya POST kan maklumat tersebut di blog

Alhamdulillah..sebagaimana yang dirancang, blog analisis web dapat disiapkan sebelum peperiksaan bermula..Lepas ni, saya perlu LUPAKAN SEMENTARA pasal blog dan perlu FOKUS pada 2 peperiksaan yang terdekat iaitu Tarannum Al-Quran (5/11/08) dan Resam Al-Quran (6/11/08)...Semoga Allah mempermudahkan kami semua menjawab soalan peperiksaan..

Untuk kelas perjumpaan yang akan datang, kami diminta untuk membentangkan perkembangan blog masing-masing di hadapan penyelia..Aduhh..time ni la yang kecut perutni...tidak tahu blog saya ni berkembang atau tidak..huhuhu..Walaubagaimanapun, sebagai persiapan saya telah mengemaskinikan blog yang berkaitan dan sedia terima apa sahaja komen dari Hajah...

Alhamdulillah pada Khamis (23 Oktober 08) di makmal komputer Fakulti Pendidikan jam 9.00 malam kami semua telah membentangkan perkembangan blog masing-masing. Secara keseluruhannya Hajah melihat ada perkembangan dari segi pengetahuan kami dalam pembinaan blog serta pengendaliannya Namun penambahbaikan mesti diteruskan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Beliau juga mengharapkan amalan sikap tolong-menolong antara sesama rakan-rakan Group Ilmiah 2008 diteruskan...

KRITERIA STANDART PEMIKIRAN

Terdapat sembilan (9) standard pemikiran yang perlu kami aplikasikan dalam menilai dan menganalisis sesebuah laman web yang berkaitan dengan tajuk masing-masing. Antaranya ialah:
  1. Kejelasan (Clarity)
  2. Ketepatan (Accuracy)
  3. Ketelitian (Precision)
  4. Relevan (Relevance)
  5. Kedalaman (Depth)
  6. Keluasan (Breadth)
  7. Logik (Logic)
  8. Kepentingan (Significant)
  9. Keadilan (Fairness)

Semasa menganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, kita mestilah mengambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya semasa membangunkan blog tentang tajuk P&P ianya tidak akan diulangi. Ianya juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.

HENTIAN 3: PROSES MENYIAPKAN BLOG......

Sebenarnya boleh dikatakan perkembangan blog saya pada mulanya memang slow...Nak buat tu tau, tapi nak fikir apa yang nak dimasukkan dalam blog ni yang masalahnya...baik blog P&P atau blog yang lain-lain..yang saya asyik duk buat..letak AKSESORI..macam-macam letak sampai nampak semak blog tu..huhuhu...tapi satu hari tu, bila datang perjumpaan blog, Hajah mengingatkan kami supaya jangan terlalu menfokuskan pada ”make-up” blog kerana apa yang dinilai ialah ISI KANDUNGAN blog tersebut..Apa lagi sejak hari itu, saya penuhkanla blog P&P dengan segala maklumat yang berkaitan...Dalam proses ini, saya membuat RUJUKAN pada pelbagai sumber antaranya ialah:

  1. Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Empat
  2. Buku Rujukan SPM (Pendidikan Islam) keluaran Sasbadi Sdn.Bhd
  3. Buku Rujukan SPM (Pendidikan Islam keluaran Pelangi Sdn.Bhd
  4. Ibadah Qurban Dan Perlaksanaannya (Persatuan mufti Brunei Darussalam)

  5. Laman-laman web yang berkaitan dengannya yang menepati ”Standart Pemikiran”

Alhamdulillah..hasil daripada kesabaran yang mendalam, akhirnya ada jugalah perkembangan dalam blog-blog saya tu..Cuma blog LAMAN PAUTAN saja yang masih agak slow kerana proses mencari web tu memang memerlukan kesabaran yang lebih tinggi daripada pembinaan blog yang lain...Kena duduk mengadap laptop berjam-jam..sampai rasanya mahu pulak saya pakai kacamata sem depan...Huhuhu...Antara masalah dalam pencarian 50 web ini ialah:

  1. INTERNET SLOW...(Ni dah memang masalah wajib..kadang-kadang surverdown lagi teruk..bila tak dapat langsung..Ni tahap tensen melampau time ni...

  2. Masalah MENCUKUPKAN BILANGAN...huhuhu...tensen aku tau tak..50 tu...
  3. Kena nilai ikut STANDART PEMIKIRAN pula..huhuhu..kebanyakkan web yang jumpa pula, banyak yang forum...aduhhh...Masalah..masalah..

Tapi alhamdulillah..berjaya juga saya siapkan suma tu...Perlahan-lahan la. Walaubagaimanapun...semuanya masih perlu pada penambahbaikan..Saudara saudari semua, janganlah segan-segan melawat blog saya tu ya...

(1) Ni web P&P

(2) Ni web peribadi


(3) Ni web pautan

Lom pun habis lagi pening kepala fikirkan pasal 4 blog yang masih bangun-bangun ayam tu...kami kena jawab soalan METAKU pula...huhuhu...(bukanla susah pun jawab tu) bukan satu, tapi tiga...mula-mulanya pakai tanda ja..tak tahupun apa-apa..tapi lepas fikir balik..tak elok pula guna konsep ”bedal-bedal” ni...bacalah molek-molek dulu nota dalam metaku tu..barulah faham.. Web ni sebenarnya bertujuan sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk menggunakan strategi metakognitif..Tengokla betapa baiknya penyelia kami..tunjuk kami jalan yang betul..tapi hasilnya..tengokla blog-blog saya..mengikut kriteria yang diberikanke tak...?????...hehehehe... kalu para pelayar hendak mengetahui dengan lebih lanjut kandungan METAKU ini, silalah layari laman webnya di sini ----> http://www.3metaku.com/

Seterusnya satu lagi tugas berat yang diberikan ialah jeng-jeng-jeng...kami kena cari 50 web yang berkaitan dengan tajuk masing-masing seterusnya analisis dan nilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Pastu..kena buat table/jadual untuk memudahkan membuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria. Aaddduuhhhh...beratni..bukan apa, tapi beratnya yang tang bilangannya tu 50...huhuhuhu...

HENTIAN 1: PENING MULA DATAAANNGGG...

Dalam melaksanakan kajian ini, saya dan kawan-kawan sentiasa diberi tunjuk ajar oleh para penyelia. Segala maklumat berkaitan tugasan yang kami perlu lakukan disampaikan melalui laman rasmi kami di Yahoo iaitu Ilmiah Groupe...pendek kata kami belajar secara maya..Namun begitu, setiap minggu kami akan berbincang mengenai masalah dan perkembangan blog masing-masing..Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah..

  1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran)
  2. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka. Inilah yang perlu saya aplikasikan dalam membina keempat-empat blog. Dalam hal kemahiran membuat blog amat penting..mencabar tuuuu…
  3. Seterusnya..kami perlu menyebarkan blog pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Bagi membolehkan para penyelia memantau kemajuan semua, kami perlu letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing…Huhuhuhu…pening kepala dah ni

Mengikut perancangan awal, kami juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajaran dalam blog. Hajah mencadangkan kami mendapatkan anak-anak kakitangan UKM atau anak-anak yatim Darul Izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog. Namun malang sekali kerana program ni tak dapat dijalankan...mungkin keadaan tak mengizinkan kami tambahan pula masing-masing sibuk stady..exam da dekat........harap sangat5 Hajah dan Dr.Saemah tak marah dan tak tolak markah kami disebabkan ketidakberjayaannya program ini dilaksanakan...

;;