PENGENALAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada mereka yang sudi melayari blog saya ini...Sebagai makluman, blog "Refleksi Ilmu" ini ialah cabang kepada blog utama saya iaitu "Gema Ilmu" yang dibangunkan bagi memenuhi syarat Latihan Ilmiah saya di UKM...di samping blog "Laman Pautan" dan "Rose Profile"...Mungkin ada di antara anda semua terlebih dahulu telah melayari blog saya yang lain..Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan atas sokongan yang diberikan walaupun proses pelayaran itu hanya kebetulan...Namun, tanpa anda semua siapalah saya..Diharapkan dengan terbinanya blog ini, dapat kita jadikan sebagai medan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan demi manfaat bersama dalam usaha menambah taqwa kepada Allah..Segala komen maklum balas atau tambahan dari pelayar yang budiman, amatlah saya harapkan..Segala yang baik itu, datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri kita sendiri sebagai manusia.. Wassalam..
RENTETAN SEBUAH PERJALANAN...itulah ibarat yang boleh saya gambarkan mengenai tujuan dibangunkan "REFLEKSI ILMU" ini...Di sini, saya akan ceritakan mengenai setiap gerak kerja yang dilakukan sepanjang proses pembinaan blog bersama penyelia dan rakan-rakan seperjuangan..bermula dari awal perjalanan seterusnya singgah di perhentian sehinggalah ke destinasi terakhir..InsyaAllah..Segala suka duka, pahit manis akan saya kongsi bersama di ruangan ini...Diharap para pelayar yang budiman, sudi bersama saya sehingga ke titik perjuangan yang terakhir..Wassalam..
Pertama-tamanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr Saemah Abdul Rahman dan Dr. Siti Hajah Fatimah Mohd Yassin kerana sudi menerima saya dalam kumpulan Rakan Ilmiah 2008 ini. Pada mulanya, saya tidak begitu yakin untuk menyertai kumpulan ini, memandangkan pengetahuan saya dalam bidang ICT yang kurang, namun atas galakan dan dorongan daripada sahabat yang lain serta tunjuk ajar yang tidak pernah putus daripada penyelia dan rakan menyebabkan saya semakin bersemangat untuk mencuba dan sehingga sekarang, terhasillah 4 buah blog.
TUGASAN PERTAMA
Tugasan pertama yang diberikan kepada kami ialah memilih satu tajuk yang bersesuaian dengan salibus pelajaran Pendidikan Islam serta diintegrasikan dengan pembelajaran ICT .Fikir punya fikir akhirnya saya mengambil keputusan memilih tajuk mengenai ibadah Qurban dan Aqiqah maka lahirlah tajuk "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QURBAN DAN AQIQAH”.
Untuk kajian ini saya dan rakan-rakan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 blog yang berasingan iaitu:
.1. Blog peribadi/personal (optional)
2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

PERJALANAN BERMULA...
Baru lepas peringkat fikir tajuk..sekarang peringkat membina blog pula..Untuk itu, saya masuk pada laman web blogger dan mengikuti langkah-langkah yang diminta maka terhasillah blog saya yang pertama. Inilah PERCUBAAN PERTAMA saya dalam membina blog. eemmm...saya sebenarnya bermula dengan ”ZERO”..tak tahu apa2..Kawan-kawan yang banyak membantu. Mula dari membina blog sehinggala proses mancari template. Belajar punya belajar..akhirnya saya dapat rentak sendiri bagaimana membina blog-blog yang seterusnya..Alhamdulillah..Terima kasih sangat2 pada kekawan yang membantu. Bila dah tahu...rasala seronok sangat..rasa bersemangat..tapi ada cabaran lain pula..Antaranya..INTERNET LEMBAB...itulah masalah utama yang membuat saya dan kekawan tensen..masalah ini banyak membuang masa kami..huhuhu..cabaran lain pula..PEMILIHAN TEMPLATE yang menarik..hehehe..penting gak ni..tgk kekawan lain blog cantik2, saya pun nak gk..Seterusnya, barulah saya cuba meneroka apa yang sepatutnya dimuatkan dalam blog supaya menarik dan bersesuaian.
Di dalam proses mencari maklumat dan hiasan yang bersesuaian, saya menjadi berani mengexplore internet. Banyak maklumat dan bahan-bahan yang di dapati yang mana sebelum ini saya tidak tahu mendapatkannya. Dalam proses ini juga, saya juga memerlukan proses kemahiran berfikir secara kritikal untuk mendapatkan sesuatu bahan dan maklumat supaya apa yang diambil menepati dengan kehendak yang ditetapkan serta bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran

Sudah lama saya tidak menjenguk blog kerana sibuk melengkapkan diri dengan persiapan peperiksaan. Kini saya datang kembali..Tidak banyak yang saya lakukan kali ini cuma sekadar sedikit penambahbaikan serta memasukkan maklumat tambahan dalam blog P&P. Pada episod kali ini saya ingin berkongsi dengan saudara saudari sekalian mengenai blog utama saya iaitu ”GEMA ILMU”. Seperti yang telah sedia maklum dengan tujuan pembinaan blog ini dilakukan, blog P&P ini menjadi asas atau ”HOME” bagi blog-blog yang lain. Dalam blog ini, saya link kan bersama ketiga-tiga blog saya serta disertakan sama link blog sahabat ilmiah dalam group ini.
Sebagai pengenalan pada pelayar tentang isu atau tajuk yang saya bawakan, saya mengajak para pelayar mengingat kembali Ibadah yang dilakukan oleh umat islam pada bulan Dzulhijjahyang mulia ini iaitu Ibadah Haji. Sinonim dengan ibadah ini saya kaitkan pula dengan tajuk Qurban dan Aqiqah. Saya juga memuatkan bersama gambar-gambar yang berkaitan bertujuan untuk memberi gambaran awal kepada para pelayar.
Untuk memudahkan pemahaman pembaca, saya memasukkan peta konsep berkaitan dengan qurban dan aqiqah. Dengan adanya peta konsep ini, para pelayar lebih mudah memahami perkara-perkata yang terkandung di dalam tajuk seperti definisi, hukum dalil, syarat, perbezaan, hikmah dan sebagainya. Seterusnya saya tunjukkan pula makluamt berkenaan beserta huraiannya di dalam ruangan post. Bagi menguji kefahaman pembaca, saya turut sertakan soalan menguji minda di bahagian akhir blog.
Dalam blog ini juga saya sertakan bersama satu kisah ”QURBAN TERBAIK” yang saya kaitkan dengan senario kehidupan masyarakat sekarang antara hal berkaitan ibadah dan keduniaan. Tujuan cerita ini bukan untuk menyindir sebaliknya untu mengajak pembaca berfikir bersama realiti kehidupan yang lebih mementingkan hal dunia berbanding akhirat. Hatta dalam hal melaksanakan ibadah qurban ini sekalipun, ada yang lebih dari berkemampuan tetapi lebih rela membelanjakan hartanya untuk nikmat dunia..Untuk yahu kisahnya, saudara saudari perlulah melayari blog saya itu...
Sebagai maklumat sokongan yang lain, saya sertakan bersama pautan-pautan pilihan berkaitan tajuk qurban dan aqiqah yang terbaik setelah dinilai berdasarkan kriteria Standard Pemikiran Paul. Walaubagaimanapun, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya penilaian saya itu ada kesilapan. Kesilapan sebagai seorang hambaNya.
Dan akhirnya, pembinaan blog ini bukanlah bertujuan untuk menandingi blog-blog lain yang telah sedia terbina, sebaliknya cuma sekadar menambah maklumat serta berkongsi pengetahuan. Siapalah saya yang cetek ilmu pengetahuanya ini untuk mengajar. Semoga dengan maklumat yang sedikit ini dapat dimanfaatkan demi kemaslahatan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu daripada diri saya sendiri.

0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)