PENGENALAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada mereka yang sudi melayari blog saya ini...Sebagai makluman, blog "Refleksi Ilmu" ini ialah cabang kepada blog utama saya iaitu "Gema Ilmu" yang dibangunkan bagi memenuhi syarat Latihan Ilmiah saya di UKM...di samping blog "Laman Pautan" dan "Rose Profile"...Mungkin ada di antara anda semua terlebih dahulu telah melayari blog saya yang lain..Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan atas sokongan yang diberikan walaupun proses pelayaran itu hanya kebetulan...Namun, tanpa anda semua siapalah saya..Diharapkan dengan terbinanya blog ini, dapat kita jadikan sebagai medan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan demi manfaat bersama dalam usaha menambah taqwa kepada Allah..Segala komen maklum balas atau tambahan dari pelayar yang budiman, amatlah saya harapkan..Segala yang baik itu, datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri kita sendiri sebagai manusia.. Wassalam..
RENTETAN SEBUAH PERJALANAN...itulah ibarat yang boleh saya gambarkan mengenai tujuan dibangunkan "REFLEKSI ILMU" ini...Di sini, saya akan ceritakan mengenai setiap gerak kerja yang dilakukan sepanjang proses pembinaan blog bersama penyelia dan rakan-rakan seperjuangan..bermula dari awal perjalanan seterusnya singgah di perhentian sehinggalah ke destinasi terakhir..InsyaAllah..Segala suka duka, pahit manis akan saya kongsi bersama di ruangan ini...Diharap para pelayar yang budiman, sudi bersama saya sehingga ke titik perjuangan yang terakhir..Wassalam..
Pertama-tamanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr Saemah Abdul Rahman dan Dr. Siti Hajah Fatimah Mohd Yassin kerana sudi menerima saya dalam kumpulan Rakan Ilmiah 2008 ini. Pada mulanya, saya tidak begitu yakin untuk menyertai kumpulan ini, memandangkan pengetahuan saya dalam bidang ICT yang kurang, namun atas galakan dan dorongan daripada sahabat yang lain serta tunjuk ajar yang tidak pernah putus daripada penyelia dan rakan menyebabkan saya semakin bersemangat untuk mencuba dan sehingga sekarang, terhasillah 4 buah blog.
TUGASAN PERTAMA
Tugasan pertama yang diberikan kepada kami ialah memilih satu tajuk yang bersesuaian dengan salibus pelajaran Pendidikan Islam serta diintegrasikan dengan pembelajaran ICT .Fikir punya fikir akhirnya saya mengambil keputusan memilih tajuk mengenai ibadah Qurban dan Aqiqah maka lahirlah tajuk "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QURBAN DAN AQIQAH”.
Untuk kajian ini saya dan rakan-rakan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 blog yang berasingan iaitu:
.1. Blog peribadi/personal (optional)
2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

PERJALANAN BERMULA...
Baru lepas peringkat fikir tajuk..sekarang peringkat membina blog pula..Untuk itu, saya masuk pada laman web blogger dan mengikuti langkah-langkah yang diminta maka terhasillah blog saya yang pertama. Inilah PERCUBAAN PERTAMA saya dalam membina blog. eemmm...saya sebenarnya bermula dengan ”ZERO”..tak tahu apa2..Kawan-kawan yang banyak membantu. Mula dari membina blog sehinggala proses mancari template. Belajar punya belajar..akhirnya saya dapat rentak sendiri bagaimana membina blog-blog yang seterusnya..Alhamdulillah..Terima kasih sangat2 pada kekawan yang membantu. Bila dah tahu...rasala seronok sangat..rasa bersemangat..tapi ada cabaran lain pula..Antaranya..INTERNET LEMBAB...itulah masalah utama yang membuat saya dan kekawan tensen..masalah ini banyak membuang masa kami..huhuhu..cabaran lain pula..PEMILIHAN TEMPLATE yang menarik..hehehe..penting gak ni..tgk kekawan lain blog cantik2, saya pun nak gk..Seterusnya, barulah saya cuba meneroka apa yang sepatutnya dimuatkan dalam blog supaya menarik dan bersesuaian.
Di dalam proses mencari maklumat dan hiasan yang bersesuaian, saya menjadi berani mengexplore internet. Banyak maklumat dan bahan-bahan yang di dapati yang mana sebelum ini saya tidak tahu mendapatkannya. Dalam proses ini juga, saya juga memerlukan proses kemahiran berfikir secara kritikal untuk mendapatkan sesuatu bahan dan maklumat supaya apa yang diambil menepati dengan kehendak yang ditetapkan serta bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran

Sudah lama saya tak menulis dalam blog refleksi ni.. terlalu sibuk dengan baki peperiksaan seterusnya sibuk menyiapkan blog utama dan blog laman pautan. Kemudian berterusan pula sibuk dalam menyiapkan laporan tesis ini..boleh dikatakan semuanya memerlukan saya bijak mengatur masa supaya kesemua tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya..Alhamdulillah..semuanya telah dapat saya laksanakan dengan sehabis baiknya, laporan penuh telah dihantar pada penyelia 28hb Nov (beserta pembentangan) begitu juga dengan pengemaskinian serta pemurnian blog telah dilakukan sehinggalah tamat tempoh yang telah diberikan. Sekarang apa yang perlu saya dan rakan-rakan lakukan adalah berdoa semoga kami memperolehi keputusan yang cemerlang bagi latihan ilmiah ini serta semoga usaha yang saya dan rakan-rakan lakukan dalam pembinaan laman-laman pengajaran ini dapat memberi manfaat pada para pelajar dan pendidik khususnya dan orang awam amnya.. InsyaAllah..
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)