PENGENALAN
TUGASAN PERTAMA
Tugasan pertama yang diberikan kepada kami ialah memilih satu tajuk yang bersesuaian dengan salibus pelajaran Pendidikan Islam serta diintegrasikan dengan pembelajaran ICT .Fikir punya fikir akhirnya saya mengambil keputusan memilih tajuk mengenai ibadah Qurban dan Aqiqah maka lahirlah tajuk "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QURBAN DAN AQIQAH”.
Untuk kajian ini saya dan rakan-rakan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 blog yang berasingan iaitu:
.1. Blog peribadi/personal (optional)
2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)
Baru lepas peringkat fikir tajuk..sekarang peringkat membina blog pula..Untuk itu, saya masuk pada laman web blogger dan mengikuti langkah-langkah yang diminta maka terhasillah blog saya yang pertama. Inilah PERCUBAAN PERTAMA saya dalam membina blog. eemmm...saya sebenarnya bermula dengan ”ZERO”..tak tahu apa2..Kawan-kawan yang banyak membantu. Mula dari membina blog sehinggala proses mancari template. Belajar punya belajar..akhirnya saya dapat rentak sendiri bagaimana membina blog-blog yang seterusnya..Alhamdulillah..Terima kasih sangat2 pada kekawan yang membantu. Bila dah tahu...rasala seronok sangat..rasa bersemangat..tapi ada cabaran lain pula..Antaranya..INTERNET LEMBAB...itulah masalah utama yang membuat saya dan kekawan tensen..masalah ini banyak membuang masa kami..huhuhu..cabaran lain pula..PEMILIHAN TEMPLATE yang menarik..hehehe..penting gak ni..tgk kekawan lain blog cantik2, saya pun nak gk..Seterusnya, barulah saya cuba meneroka apa yang sepatutnya dimuatkan dalam blog supaya menarik dan bersesuaian.
Di dalam proses mencari maklumat dan hiasan yang bersesuaian, saya menjadi berani mengexplore internet. Banyak maklumat dan bahan-bahan yang di dapati yang mana sebelum ini saya tidak tahu mendapatkannya. Dalam proses ini juga, saya juga memerlukan proses kemahiran berfikir secara kritikal untuk mendapatkan sesuatu bahan dan maklumat supaya apa yang diambil menepati dengan kehendak yang ditetapkan serta bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran
Dalam melaksanakan kajian ini, saya dan kawan-kawan sentiasa diberi tunjuk ajar oleh para penyelia. Segala maklumat berkaitan tugasan yang kami perlu lakukan disampaikan melalui laman rasmi kami di Yahoo iaitu Ilmiah Groupe...pendek kata kami belajar secara maya..Namun begitu, setiap minggu kami akan berbincang mengenai masalah dan perkembangan blog masing-masing..Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah..
- Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran)
- Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka. Inilah yang perlu saya aplikasikan dalam membina keempat-empat blog. Dalam hal kemahiran membuat blog amat penting..mencabar tuuuu…
- Seterusnya..kami perlu menyebarkan blog pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Bagi membolehkan para penyelia memantau kemajuan semua, kami perlu letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing…Huhuhuhu…pening kepala dah ni
Mengikut perancangan awal, kami juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajaran dalam blog. Hajah mencadangkan kami mendapatkan anak-anak kakitangan UKM atau anak-anak yatim Darul Izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog. Namun malang sekali kerana program ni tak dapat dijalankan...mungkin keadaan tak mengizinkan kami tambahan pula masing-masing sibuk stady..exam da dekat........harap sangat5 Hajah dan Dr.Saemah tak marah dan tak tolak markah kami disebabkan ketidakberjayaannya program ini dilaksanakan...