PENGENALAN
TUGASAN PERTAMA
Tugasan pertama yang diberikan kepada kami ialah memilih satu tajuk yang bersesuaian dengan salibus pelajaran Pendidikan Islam serta diintegrasikan dengan pembelajaran ICT .Fikir punya fikir akhirnya saya mengambil keputusan memilih tajuk mengenai ibadah Qurban dan Aqiqah maka lahirlah tajuk "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QURBAN DAN AQIQAH”.
Untuk kajian ini saya dan rakan-rakan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 blog yang berasingan iaitu:
.1. Blog peribadi/personal (optional)
2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)
Baru lepas peringkat fikir tajuk..sekarang peringkat membina blog pula..Untuk itu, saya masuk pada laman web blogger dan mengikuti langkah-langkah yang diminta maka terhasillah blog saya yang pertama. Inilah PERCUBAAN PERTAMA saya dalam membina blog. eemmm...saya sebenarnya bermula dengan ”ZERO”..tak tahu apa2..Kawan-kawan yang banyak membantu. Mula dari membina blog sehinggala proses mancari template. Belajar punya belajar..akhirnya saya dapat rentak sendiri bagaimana membina blog-blog yang seterusnya..Alhamdulillah..Terima kasih sangat2 pada kekawan yang membantu. Bila dah tahu...rasala seronok sangat..rasa bersemangat..tapi ada cabaran lain pula..Antaranya..INTERNET LEMBAB...itulah masalah utama yang membuat saya dan kekawan tensen..masalah ini banyak membuang masa kami..huhuhu..cabaran lain pula..PEMILIHAN TEMPLATE yang menarik..hehehe..penting gak ni..tgk kekawan lain blog cantik2, saya pun nak gk..Seterusnya, barulah saya cuba meneroka apa yang sepatutnya dimuatkan dalam blog supaya menarik dan bersesuaian.
Di dalam proses mencari maklumat dan hiasan yang bersesuaian, saya menjadi berani mengexplore internet. Banyak maklumat dan bahan-bahan yang di dapati yang mana sebelum ini saya tidak tahu mendapatkannya. Dalam proses ini juga, saya juga memerlukan proses kemahiran berfikir secara kritikal untuk mendapatkan sesuatu bahan dan maklumat supaya apa yang diambil menepati dengan kehendak yang ditetapkan serta bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran

Selain itu juga saya merancang dari segi pemilihan maklumat yang akan digunakan bagi pengisian laman web berkenaan. Sebagai panduan dalam proses ini saya telah membina peta konsep berkaitan tajuk, seterusnya memulakan proses mencari maklumat berdasarkan peta minda berkenaan samada di dalam buku mahupun laman web. Dalam pencarian bahan ini, saya terlebih dahulu membaca, memahami, menganalisis serta menilai kandungan setiap bahan bagi memastikan ia tidak lari dari salibus pengajaran serta sesuai dengan tahap kepelbagaian pelajar mahupun pelayar yang lain. Untuk itu saya menjadikan Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Empat sebagai rujukan utama dan buku-buku lain sebagai rujukan tambahan. Dalam pencarian maklumat berasaskan laman web pula, saya telah mengaplikasikan penilaian berasaskan kriteria Standard Pemikiran.
Sebagai pengenalan pada pelayar tentang isu atau tajuk yang saya bawakan, saya mengajak para pelayar mengingat kembali Ibadah yang dilakukan oleh umat islam pada bulan Dzulhijjahyang mulia ini iaitu Ibadah Haji. Sinonim dengan ibadah ini saya kaitkan pula dengan tajuk Qurban dan Aqiqah. Saya juga memuatkan bersama gambar-gambar yang berkaitan bertujuan untuk memberi gambaran awal kepada para pelayar.
Untuk memudahkan pemahaman pembaca, saya memasukkan peta konsep berkaitan dengan qurban dan aqiqah. Dengan adanya peta konsep ini, para pelayar lebih mudah memahami perkara-perkata yang terkandung di dalam tajuk seperti definisi, hukum dalil, syarat, perbezaan, hikmah dan sebagainya. Seterusnya saya tunjukkan pula makluamt berkenaan beserta huraiannya di dalam ruangan post. Bagi menguji kefahaman pembaca, saya turut sertakan soalan menguji minda di bahagian akhir blog.
Dalam blog ini juga saya sertakan bersama satu kisah ”QURBAN TERBAIK” yang saya kaitkan dengan senario kehidupan masyarakat sekarang antara hal berkaitan ibadah dan keduniaan. Tujuan cerita ini bukan untuk menyindir sebaliknya untu mengajak pembaca berfikir bersama realiti kehidupan yang lebih mementingkan hal dunia berbanding akhirat. Hatta dalam hal melaksanakan ibadah qurban ini sekalipun, ada yang lebih dari berkemampuan tetapi lebih rela membelanjakan hartanya untuk nikmat dunia..Untuk yahu kisahnya, saudara saudari perlulah melayari blog saya itu...
Sebagai maklumat sokongan yang lain, saya sertakan bersama pautan-pautan pilihan berkaitan tajuk qurban dan aqiqah yang terbaik setelah dinilai berdasarkan kriteria Standard Pemikiran Paul. Walaubagaimanapun, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya penilaian saya itu ada kesilapan. Kesilapan sebagai seorang hambaNya.
Dan akhirnya, pembinaan blog ini bukanlah bertujuan untuk menandingi blog-blog lain yang telah sedia terbina, sebaliknya cuma sekadar menambah maklumat serta berkongsi pengetahuan. Siapalah saya yang cetek ilmu pengetahuanya ini untuk mengajar. Semoga dengan maklumat yang sedikit ini dapat dimanfaatkan demi kemaslahatan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu daripada diri saya sendiri.
Sekarangni apa yang penting, kita berusaha lagi untuk paper yang akhir ni..PENGANTAR QIRAAT..Dapatkan bekalan yang cukup sebelum berperang dalam dewan peperiksaan nanti..apa lagi.."CHAIYOK!!..CHAIYOK!!..
- Saya BOOKMARK kan laman web yang berkenaan menggunakan Goegle, jadi mudahla sikit bila nak buka balik untuk dianalisis nanti.
- Saya cari maklumat dengan mengaplikasikan enjin pencarian yang pelbagai antaranya Yahoo, Goegle dan Opera.
- Bila sudah cukup 50 bilangan, saya mula jalankan PROSES MENGANALISIS berdasarkan 9 kriteria tersebut. Saya buat dalam bentuk jadual di Word sebagaimana yang disaran bagi memudahkan pembacaan
- Kemudia saya jadikan word tersebut sebagai JPG menggunakan PAINT. Seterusnya saya POST kan maklumat tersebut di blog
Alhamdulillah..sebagaimana yang dirancang, blog analisis web dapat disiapkan sebelum peperiksaan bermula..Lepas ni, saya perlu LUPAKAN SEMENTARA pasal blog dan perlu FOKUS pada 2 peperiksaan yang terdekat iaitu Tarannum Al-Quran (5/11/08) dan Resam Al-Quran (6/11/08)...Semoga Allah mempermudahkan kami semua menjawab soalan peperiksaan..
HENTIAN 4: PEMBENTANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN BLOG
1 comments Posted by Roseharyati Binti Shahar at 8:25 AMAlhamdulillah pada Khamis (23 Oktober 08) di makmal komputer Fakulti Pendidikan jam 9.00 malam kami semua telah membentangkan perkembangan blog masing-masing. Secara keseluruhannya Hajah melihat ada perkembangan dari segi pengetahuan kami dalam pembinaan blog serta pengendaliannya Namun penambahbaikan mesti diteruskan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Beliau juga mengharapkan amalan sikap tolong-menolong antara sesama rakan-rakan Group Ilmiah 2008 diteruskan...
- Kejelasan (Clarity)
- Ketepatan (Accuracy)
- Ketelitian (Precision)
- Relevan (Relevance)
- Kedalaman (Depth)
- Keluasan (Breadth)
- Logik (Logic)
- Kepentingan (Significant)
- Keadilan (Fairness)
Semasa menganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, kita mestilah mengambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya semasa membangunkan blog tentang tajuk P&P ianya tidak akan diulangi. Ianya juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.
- Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Empat
- Buku Rujukan SPM (Pendidikan Islam) keluaran Sasbadi Sdn.Bhd
- Buku Rujukan SPM (Pendidikan Islam keluaran Pelangi Sdn.Bhd
- Ibadah Qurban Dan Perlaksanaannya (Persatuan mufti Brunei Darussalam)
- Laman-laman web yang berkaitan dengannya yang menepati ”Standart Pemikiran”
Alhamdulillah..hasil daripada kesabaran yang mendalam, akhirnya ada jugalah perkembangan dalam blog-blog saya tu..Cuma blog LAMAN PAUTAN saja yang masih agak slow kerana proses mencari web tu memang memerlukan kesabaran yang lebih tinggi daripada pembinaan blog yang lain...Kena duduk mengadap laptop berjam-jam..sampai rasanya mahu pulak saya pakai kacamata sem depan...Huhuhu...Antara masalah dalam pencarian 50 web ini ialah:
- INTERNET SLOW...(Ni dah memang masalah wajib..kadang-kadang surverdown lagi teruk..bila tak dapat langsung..Ni tahap tensen melampau time ni...
- Masalah MENCUKUPKAN BILANGAN...huhuhu...tensen aku tau tak..50 tu...
- Kena nilai ikut STANDART PEMIKIRAN pula..huhuhu..kebanyakkan web yang jumpa pula, banyak yang forum...aduhhh...Masalah..masalah..
Tapi alhamdulillah..berjaya juga saya siapkan suma tu...Perlahan-lahan la. Walaubagaimanapun...semuanya masih perlu pada penambahbaikan..Saudara saudari semua, janganlah segan-segan melawat blog saya tu ya...
(1) Ni web P&P
(2) Ni web peribadi
HENTIAN 2: AAADDDUUHHH..APA PULA KALI NI...
0 comments Posted by Roseharyati Binti Shahar at 11:35 PM
Lom pun habis lagi pening kepala fikirkan pasal 4 blog yang masih bangun-bangun ayam tu...kami kena jawab soalan METAKU pula...huhuhu...(bukanla susah pun jawab tu) bukan satu, tapi tiga...mula-mulanya pakai tanda ja..tak tahupun apa-apa..tapi lepas fikir balik..tak elok pula guna konsep ”bedal-bedal” ni...bacalah molek-molek dulu nota dalam metaku tu..barulah faham.. Web ni sebenarnya bertujuan sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk menggunakan strategi metakognitif..Tengokla betapa baiknya penyelia kami..tunjuk kami jalan yang betul..tapi hasilnya..tengokla blog-blog saya..mengikut kriteria yang diberikanke tak...?????...hehehehe... kalu para pelayar hendak mengetahui dengan lebih lanjut kandungan METAKU ini, silalah layari laman webnya di sini ----> http://www.3metaku.com/Seterusnya satu lagi tugas berat yang diberikan ialah jeng-jeng-jeng...kami kena cari 50 web yang berkaitan dengan tajuk masing-masing seterusnya analisis dan nilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Pastu..kena buat table/jadual untuk memudahkan membuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria. Aaddduuhhhh...beratni..bukan apa, tapi beratnya yang tang bilangannya tu 50...huhuhuhu...
Dalam melaksanakan kajian ini, saya dan kawan-kawan sentiasa diberi tunjuk ajar oleh para penyelia. Segala maklumat berkaitan tugasan yang kami perlu lakukan disampaikan melalui laman rasmi kami di Yahoo iaitu Ilmiah Groupe...pendek kata kami belajar secara maya..Namun begitu, setiap minggu kami akan berbincang mengenai masalah dan perkembangan blog masing-masing..Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah..
- Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran)
- Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka. Inilah yang perlu saya aplikasikan dalam membina keempat-empat blog. Dalam hal kemahiran membuat blog amat penting..mencabar tuuuu…
- Seterusnya..kami perlu menyebarkan blog pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Bagi membolehkan para penyelia memantau kemajuan semua, kami perlu letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing…Huhuhuhu…pening kepala dah ni

Mengikut perancangan awal, kami juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajaran dalam blog. Hajah mencadangkan kami mendapatkan anak-anak kakitangan UKM atau anak-anak yatim Darul Izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog. Namun malang sekali kerana program ni tak dapat dijalankan...mungkin keadaan tak mengizinkan kami tambahan pula masing-masing sibuk stady..exam da dekat........harap sangat5 Hajah dan Dr.Saemah tak marah dan tak tolak markah kami disebabkan ketidakberjayaannya program ini dilaksanakan...




